Monday, October 22, 2012

Industri Batik Di Malaysia Dan Permasalahan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Kumpulan kami memilih Industri batik di Malaysia sebagai salah satu industri yang mempunyai masalah. Dibawah kami akan membincangkan mengenai  sejarah,permasalahan industri batik dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini. 

Batik dipercayai wujud sejak 2000 tahun lalu di India dan Asia Tengah. Batik pertama kali dibawa masuk ke Indonesia dari India dan dikatakan mula berkembang pada abad ke 11. Di Malaysia,  pada akhir tahun 2004 kerajaan telah merangka dasar khusus tentang pembangunan industri batik. Dasar ini bertujuan meningkatkan lagi penggunaan dan pemasaran batik.



Antara Masalah yang dihadapi oleh Industri Batik Malaysia  ialah :

1. Generasi muda tidak berminat untuk mengusahakan industri batik. Golongan muda lebih suka bekerja di kilang-kilang. Bekerja dalam industri batik tidak glamor pada pandangan mereka dan mereka berhijrah ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu.

2. Industri batik juga menghadapi persaingan dengan industri tekstil  biasa. Pakaian dari kain-kain lain lebih murah berbanding batik. Kain-kain lain dihasilkan secara besar-besaran di kilang menggunakan kos yang lebih murah secara purata. Pasaran batik tidak meluas berbanding kain biasa yang dipasarkan diseluruh dunia.


3. Industri batik juga menghadapi masalah kekurangan modal. Institusi kewangan dan bank tidak yakin untuk memberi pinjaman kepada  pengusaha industri batik. Kekurangan modal menyebabkan teknologi baru dan canggih tidak dapat digunakan.




Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mempopularkan batik di Malaysia ialah :

1. Kerajaan menggiatkan pemakaian batik dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh, kakitangan awam ditetapkan pada hari khamis setiap minggu mesti memakai batik. Kerajaan juga boleh menjadikan batik sebagai pakaian rasmi untuk aktiviti rasmi yang berkaitan kerajaan. Bagi menggalakkan rakyat memakai batik kempen melalui media massa hendakalah dibuat secara agresif.

2. Kerajaan seharusnya membantu pengusaha batik meneroka pasaran baru. Pasaran batik yang meluas akan mempopularkan lagi pemakaian batik. Bagi meluaskan pasaran batik kerajaan menggalakkan pengusaha batik membuka cawangan perniagaan mereka di luar negara. Kerajaan juga boleh membantu menganjurkan pameran industri batik kita di luar negara.


3. Bagi mempopularkan batik galakan langsung kerajaan amat diperlukan. Kerajaan boleh memberi pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri batik. Kerajaan juga hendaklah membina kilang-kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan desa dan luar bandar untuk mengusahakan batik. Kerajaan juga boleh membantu dalam pemasaran batik disamping menurunkan kadar cukai eksport untuk batik.


4. Untuk memajukan industri batik dalam jangka panjang, kerajaan dengan kerjasama IPT boleh menawarkan kursus mengenai industri batik di IPT. Penawaran kursus mengenai batik secara formal dapat menggalakkan generasi muda terlibat dalam industri batik ini. Penglibatan golongan muda dalam industri batik akan meneruskan penggunaan batik di masa depan.


5. Untuk menggalakkan penggunaan batik, sumbangan R & D sangat penting. R & D dapat menghasilkan fabrik yang bermutu tinggi. Di samping itu, R&D juga menghasilkan fesyen-fesyen batik yang 'up to date'. Fesyen batik yang terkini akan menarik ramai orang menggunakan batik.

No comments:

Post a Comment